Pertama, Allah memberikan keistimewaan kepada umat
yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di Syurga yang
dinamai Al Rayyan. Pintu Syurga Al Rayyan ini hanya disediakan untuk
umat Islam yang berpuasa.
Sabda Nabi SAW. dalam satu
hadisnya yang bermaksud : " Pintu Rayyan hanya diperuntukkan bagi
orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah
dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadan, maka tak ada lagi
yang boleh masuk ke dalamnya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dan
Ahmad).
Kedua, Allah telah mengfungsikan
puasa umat Nabi Muhammad SAW sebagai benteng yang kokoh dari seksa api
neraka sekaligus tirai penghalang dari godaan hawa nafsu. Dalam hal ini
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Puasa (Ramadan) merupakan perisai dan
benteng yang kokoh dari seksa api neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al
Baihaqi).
Nabi SAW menambahkan pula bahawa puasa yang
berfungsi sebagai perisai itu layaknya perisai dalam kancah peperangan
selama tidak dinodai oleh kedustaan dan mengumpat.
(Hadis Riwayat Ahmad, An Nasa`i, dan Ibnu Majah).
Ketiga,
Allah memberikan keistimewaan kepada ahli puasa dengan menjadikan bau
mulutnya itu lebih harum dari minyak kasturi. Sehingga Nabi SAW berkata
demikian, “Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih semerbak di sisi
Allah dari bau minyak kasturi.”