Pertama, Allah memberikan keistimewaan kepada umat
yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di Syurga yang
dinamai Al Rayyan. Pintu Syurga Al Rayyan ini hanya disediakan untuk
umat Islam yang berpuasa.
Sabda Nabi SAW. dalam satu
hadisnya yang bermaksud : " Pintu Rayyan hanya diperuntukkan bagi
orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah
dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadan, maka tak ada lagi
yang boleh masuk ke dalamnya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dan
Ahmad).
Kedua, Allah telah mengfungsikan
puasa umat Nabi Muhammad SAW sebagai benteng yang kokoh dari seksa api
neraka sekaligus tirai penghalang dari godaan hawa nafsu. Dalam hal ini
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Puasa (Ramadan) merupakan perisai dan
benteng yang kokoh dari seksa api neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al
Baihaqi).
Nabi SAW menambahkan pula bahawa puasa yang
berfungsi sebagai perisai itu layaknya perisai dalam kancah peperangan
selama tidak dinodai oleh kedustaan dan mengumpat.
(Hadis Riwayat Ahmad, An Nasa`i, dan Ibnu Majah).
Ketiga,
Allah memberikan keistimewaan kepada ahli puasa dengan menjadikan bau
mulutnya itu lebih harum dari minyak kasturi. Sehingga Nabi SAW berkata
demikian, “Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih semerbak di sisi
Allah dari bau minyak kasturi.”
Keempat,
Allah memberikan dua kebahagiaan bagi ahli puasa iaitu ketika berbuka
puasa dan ketika bertemu dengan Allah kelak di hari akhirat.
Orang
yang berpuasa ketika berbuka perasaannya rasa bersyukur dimana
bersyukur termasuk salah satu ibadah dan zikir. Syukur yang terungkap
dalam kebahagiaan kerana telah diberi kemampuan oleh Allah untuk
menyempurnakan puasa di hari tersebut sekaligus berbahagia atas janji
pahala yang besar dari-Nya.
Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan. Iaitu berbahagia ketika
berbuka dan ketika bertemu Allah.” (Hadis Riwayat Muslim).
Kelima,
puasa telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai medan untuk menempa
kesihatan dan kesembuhan dari berbagai penyakit. Nabi SAW bersabda
maksudnya : “Berpuasalah kalian, nescaya kalian akan sihat.” (Hadis
Riwayat Ibnu Sunni dan Abu Nu`aim).
Sayyid Muhammad
menegaskan bahawa rahasia kesihatan di balik ibadah puasa adalah bahawa
puasa menempah tubuh kita untuk melumatkan racun-racun yang mengendap
dalam tubuh dan mengosongkan bahan-bahan kotor lainnya dari dalam tubuh.
Menurut
pendapat beliau puasa ialah cara mendapatkan kesihatan bagi seorang
hamba guna meningkatkan kadar ketakwaan yang merupakan tujuan utama
puasa itu sendiri.
Firman Allah SWT makasudnya : “Wahai
orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Surah Al
Baqarah ayat 183).
Keenam, keutamaan
berikutnya yang Allah SWT berikan kepada ahli puasa adalah dengan
menjauhkan wajahnya dari seksa api neraka. Matanya tak akan sampai
melihat seksaan api neraka dalam bentuk apapun juga.
Nabi
SAW bersabda maksudnya : “Barangsiapa berpuasa satu hari demi di jalan
Allah, dijauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh
musim.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Ahmad dan Nasa`i).
Ketujuh,
dalam Al Quran Allah berfirman, “Mereka itu adalah orang-orang yang
bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang rukuk, yang
sujud, yang menyuruh berbuat makruf dan mencegah berbuat munkar dan yang
memelihara hukum-hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang mukmin
itu.” (Surah At Taubah ayat 112).
Sebagian ulama ahli
tafsir menerangkan bahawa orang –orang yang melawat (As Saihuun) pada
ayat tersebut adalah orang yang berpuasa sebab mereka melakukan lawatan
(kunjungan) kepada Allah SWT. Makna lawatan, tegas beliau, di sini
adalah bahawa puasa merupakan penyebab mereka (orang yang berpuasa)
boleh sampai kepada Allah. Lawatan kepada Allah di buktikan dengan
meninggalkan seluruh kebiasaan yang selama ini dilaksanakan (contoh
makan, minum, mendatangi isteri di siang hari) serta menahan diri dari
rasa lapar dan dahaga.
Sayyid Muhammad cuba mentafsirkan
ayat 10 dalam Surah Az Zumar : “Sesungguhnya hanya orang-orang yang
bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”
Orang-orang
yang bersabarlah maksudnya adalah orang yang berpuasa sebab puasa
adalah nama lain dari sabar. Di saat berpuasalah, orang-orang yang
bersabar (dalam beribadah puasa) memperoleh ganjaran dan pahala yang
tidak terhitung banyaknya dari Zat Yang Maha Pemberi iaitu Allah SWT.
Kelapan,
ketika puasa inilah Allah SWT memberi keistemewaan dengan menjadikan
segala aktiviti orang yang berpuasa sebagai ibadah dan ketaatan
kepada-Nya. Kerana orang yang berpuasa dan ia meninggalkan ucapan yang
tidak berguna (diam) adalah ibadah serta tidurnya dengan tujuan agar
kuat dalam melaksanakan ketaatan di jalan-Nya juga ibadah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar